Thursday 27 November 2014

MALAYSIA AIRLINES JUALAN MURAH HUJUNG TAHUN 2014

Macam biasa MAS amat pemurah bila tiba penghujung tahun. Tiket penerbangan dari sekarang sehingga 30 Jun 2015 dijual pada harga super murah. Kalau korang ada bercadang nak kemana-mana, jangan lupa ambil peluang ini ye. Untuk mendapatkan harga hebat ini, tiket mestilah dibeli dan dibayar sebelum 3 Dec 2014 ini.

 
Saya rasa harga yang ditawarkan amat berpatutan, terutamanya jika kita bandingkan dengan Airasia. Ini kerana, Airasia mungkin menawarkan harga lebih kurang sama, tetapi perlu diingat dengan MAS kita tak perlu tambah kos check-in baggage (free 30kg/pax) dan makanan dalam flight.
 
Kat paper dah masuk dah iklan MAS ni. So jangan lambat.. sure ramai yang ambil peluang ini untuk bawa keluarga berjalan. Korang leh tengok berapa harga yang ditawarkan..
 
 
Selepas baca iklan kat surat khabar tu, saya pon masuk website MAS dan saja-masa la masukkan tarikh. Tengok, benarkah apa yang diiklankan?
 
Hasilnya...
 
Kalau bercadang untuk ke Eropah, inilah masa terbaik! Harga 'all-inclusive' pergi balik hanyalah RM2,749/pax! Semua dah masuk dah ni.. makan-minum dalam flight, baggage dan tax! Meh saya tunjukkan contoh di bawah untuk penerbangan awal bulan May 2015.

 
Kalau London tidak tercapai dek duit dalam poket, jom tengok Sydney pula.. Harga tiket sehala berharga RM1,051/pax manakala pergi balik ialah RM1,607/pax. Secara logiknya, tentulah pergi-balik lebih berbaloi2 je tuan-puan...


Masih mahal lagi? jangan risau! Masih boleh merasa gi bercuti ke luar negara dengan yang tersayang. Apa kata ke Krabi? Dengarnya Krabi sesuai untuk dijadikan destinasi honeymoon. Hanya RM300/pax untuk kos pergi dan balik. Saya dah lama berminat nak ke Krabi.. tapi husband saya kata bukannya best pon. Ada pantai jer.. huhu... (saya akan cuba nasib lagi!)


Double Bonus!

Sekarang ni, bagi yang bertuah, MAS bagi tawaran MHUpgrade kepada pemegang tiket penerbangan MAS. MHUpgrade ni ialah tawaran untuk naik taraf kelas dari ekonomi ke kelas bisnes. Ni kira win-win la kepada penumpang dan MAS sendiri. Daripada dibiarkan seat di business class tu kosong, lebih baik bagi pada yang sanggup bayar walaupun sket. Sesapa yang beli tiket akan dapat email daripada MAS tentang tawaran ini.
 
Kalau berminat, kita kena buat tawaran (bidding). Kalau kita bid harga tertinggi, kita akan dapat, insyaAllah. Kalau korang nak cuba MHUpgrade ni, letaklah berapa2 pon yang korang rasa berbaloi. RM50 ke, RM100 ke.. ikut suka. Sebelum buat bidding tu, checklah dulu harga sebenar kelas bisnes. Jangan terbayar sama banyak plak!
 
MAS hanya akan ambil bayaran jika kita berjaya di-upgradekan. Kalau tak berjaya, tak perlu bayar apa2. Kita masih leh dapat seat ekonomi yang kita dah beli tu. So, it is definitely double bonus jika dapat beli tiket harga murah.. dan dapat upgraded tu bisnes (masih pada harga lebih murah daripada harga biasa kelas ekonomi!)

Berminat? KLIK link ini untuk ke website MAS.

Selamat bercuti!


Monday 24 November 2014

SIEM REAP PART 2 : ANGKOR WAT DI ANGKOR TEMPLE COMPLEX

Ini adalah rentetan catatan kembara 4hari 3malam saya dan suami di Siem Reap, Kemboja baru-baru ini. Boleh baca Part 1 DI SINI ye.

Day 2 - Melawat Angkor Temple Complex

Selepas sarapan, kitorang ke Angkor Complex dengan menaiki Tuk-Tuk. Kitorang gunakan khidmat Thavy Ibrahim, seorang Khmer Buddha yang sudah memeluk Islam semasa di bekerja di Malaysia 4tahun lepas. Masa makan di Muslim Family Restaurant semalam kitorang tanya ngan pekerja tu kalau-kalau dorang leh rekemen driver tuk-tuk muslim, so dia rekemenkan suaminya sendiri si Ibrahim tu. Ibrahim boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih. Cakap loghat kelate pon boleh.. sebab dia penah belajar pondok di Kelantan selama 6bulan sebaik masuk Islam.

Tuk-tuk beliau bersih dan dalam keadaan baik. Dia juga menyediakan beberapa botol air mineral sejuk (percuma) untuk kami bagi menyejukkan tekak ketika meronda di kawasan Angkor Complex. Owh ye, Ibrahim caj USD15/day (lebih murah daripada ambil tuk-tuk melalui hotel sebab hotel kitorang caj USD20/day!). Kalau korang berminat nak gunakan khidmat Ibrahim semasa di Siem Reap, bolehlah hubungi Ibrahim di facebook atau whatsapp/telefon (+855) 1765 8262 / (+855) 9357 0348. Dari pemerhatian, dia memang suka bergayut di telefon sambil main facebook/wasap. So kalau korang mesej pasti dia akan jawab segera!

Hensem tak pemandu tuk-tuk kitorang? Tapi maaf, dah kahwin ye..! Baru je 3 bulan berkawin.

Untuk masuk ke Angkor Complex, kena beli tiket dulu ye. Ada tiket untuk 1 hari, 3 hari dan seminggu. Memula tu saya heran gak.. takkan sampai 1 minggu kot? Ada ke yang nak beli? Tapi bila dah masuk baru saya tahu yang kompleks ni memang sangat kompleks dan besor! Sepanjang 1 hari kitorang kat situ, tak sempat nak tengok semua tempat. Kitorang pilih-pilih mana yang rasa macam best untuk ditengok je. Yang lain-lain kitorang skipped. Tiket berharga USD20/pax. Cool, sebab setiap tiket akan tercetak gambo kita sendiri. Ini untuk memastikan yang tiket tidak dipinjam2kan kepada orang. Saya simpan tiket ni dalam album sebab first time dapat tiket masuk yang ada gambar sendiri. Rasa macam ID kerja plak. Huhu..

Beginilah rupa sebenar tiket masuk. Tercetak muka pemegang tiket dan tarikh. Simpan baik-baik, sebab dorang selalu check tiket.

Angkor Temple Complex ni diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak sejarah dunia. So, kalau ke Siem Reap memang wajib ke sini tengok bukti kehebatan teknologi pembuatan bangunan di zaman pemerintahan raja-raja Khmer yang susah nak disebut nama (yang saya ingat ada Raja Jayavarman, Suryavarman..hm apa lagi ye?). Sejarah hebat mereka bermula sejak tahun 900-an lagi, masa tu dorang beragama Hindu.. namun kemudian dorang bertukar ke agama Buddha pula (saya tak ingat tahun bila.. korang leh google kalu nak tahu ye). So, boleh dilihat dari senibina dan seni hiasan yang berasaskan agama Hindu dan kemudian diolah dan ditolak-tambah untuk adaptasi ke agama Buddha pula. Paling ketara dari temple-temple di Angkor Complex ini ialah sistem perairan mereka yang amat baik dan teratur. Setiap temple dikelilingi dengan sungai buatan. Bangunan temple pula kelihatan betingkat-tingkat dan runcing di tingkat paling atas macam piramid. Anak-anak tangga amat kecil dan dari satu tingkat ke tingkat yang lain kena panjat tangga yang amat tinggi.

Nasihat saya; nak melawat Angkor Complex ni sebaiknya kita ada stamina yang baik. Sebelum datang sini, exercise la sket2. Dan pakailah kasut yang selesa dan yang sesuai untuk aktiviti panjat-memanjat. Sebab kena banyak berjalan dan panjat tangga. Kalau tak panjat tangga, melepas pula dari tengok apa yang ada kat atas puncak binaan tu nanti. 

Kesimpulannya, memang kagum dengan sejarah ketamadunan bangsa Khmer ini suatu ketika dahulu. Bukan bangsa Eropah sahaja yang hebat boleh bina bangunan sebegini, orang Asia Tenggara ni pon boleh! Namun, sama seperti sejarah peradaban bangsa-bangsa gah lain di dunia, ketamadunan hebat raja Khmer ini jatuh selepas dikalahkan oleh penceroboh Thai.

Ops..!! Tapi bukankah 'Siem Reap' itu bermaksud 'Siam Defeated', a.k.a 'Siam dikalahkan'?

Yup, juga untuk pengetahuan, nama Siem Reap ini bersempena dengan kemenangan orang Khmer menghalau orang Siam. Yang tu nanti saya stori selepas ni ye. Saya tunjukkan sedikit gambar di Angkor Kompleks sebagai panduan kita bersama..

Memula kami singgah di Angkor Wat. Ia bukanlah temple yang paling besar.. tetapi ia adalah temple yang paling famous. So, wajib singgah! Sampai je kat depan pintu masuk, saya rasa kagum. Subhanallah, memang terasa kehebatannya. Sebagaimana saya terpegun tengok Neuschwastein di Jerman, begitulah saya kagum dengan kehebatan kejuruteraan bangsa Khmer ini.

Angkor Wat ini telah menjadi salah satu daripada lokasi penggambaran Lara Croft - Tomb Raider.

Angkor Wat dikelilingi sungai buatan (moat) yang besar, dan untuk memasukinya kena melalui causeway yang panjang.

Sebelum masuk ke dalam, terdapat ramai tourist guides bertanya jika kami mahu menggunakan khidmat mereka. Masa tu saya dan En. Suami rasa macam tak perlu. Tapi bila dah masuk dalam tu, barulah kami terkial-kial nak dapatkan maklumat. Kitorang ni memang cepat curious.. suka nak ambil tahu bila nampak something yang menarik. Tapi disebabkan dah masuk jauh ke dalam, dah tak kuasa nak keluar semula untuk mendapatkan khidmat tourist guide. So, nasihat saya, kalau nak masuk Angkor Complex ni, silalah ambil khidmat tourist guide mereka. Tourist guide di Siem Reap ini mempunyai lesen dan boleh bercakap bahasa Inggeris dengan baik. Owh, bukan setakat English.. macam-macam bahasa lain pon ada. Kitorang ada dengar tourist guide yang bercakap French, German, Spanish, Jepun, Korea, China dan pelbagai bahasa yang kitorang tak dapat teka apa. Kesimpulannya, kerajaan Cambodia memang melatih tourist guide dalam pelbagai bahasa memandangkan pengunjung Angkor Complex ini adalah dari seantero dunia. Bahasa Melayu ada ke tak agaknya? Huhu.. saya tak pasti!

Memandangkan saya frust sebab tak dapat ambil tourist guide, jadi saya pon beli buku 'Ancient Angkor' yang dijual dalam Angkor Wat tu dengan harga USD12 (harga tercatat di kulit buku ialah USD27.95). Saya juga ada beli keychain dari budak yang macam nak nangis ni pada harga USD8 dapat 8pcs keychain. Budak ni pandai cakap omputih. Saya tanya, nape berniaga, tak sekolah ke? Dia kata "Today is Sunday. School holiday. I sell only on weekends for food,". Dia tunjuk muka kesian dengan mata berkaca-kaca.... I ni cepat kesian... huhu...

Sila tengok betapa curamnya tangga-tanga di sini..

Kitorang panjat sehingga Pagoda yang paling tinggi (walaupun haku ni gayat di tempat tinggi, kugagahkan juga untuk naik). Kaki memang kena kuat nak naik atas tu sebab tangga amat tinggi. Saya tengok ramai nenek-nenek dan datuk-datuk yang naik, takkan saya yang baru berpangkat makcik ni takleh naik kot? Tercabar, hokey! Kat atas tu ada apa? Macam biasa.. terdapat bangunan batu yang roboh sana-sini, hiasan dinding bermotifkan agama dan.. erm.. pemandangan yang cantik!

Ni antara pemandangan dari atas puncak Angkor Wat.

Selepas Angkor Wat, kitorang pergi lunch. Ibrahim bawa kami ke Muslim Family Restaurant. Di restoran ini disediakan surau yang selesa, jadi kami solat di situ sahaja sebelum meneruskan perjalanan ke Angkor Thom.

Angkor Thom ialah kuil yang paling besar, jadi wajiblah juga singgah. Dalam Angkor Thom ni ada Bayon - bangunan temple yang 'bermuka-muka', Elephant terrance, temple anak perempuan raja 12 beradik, istana diraja, dan macam-macam lagi. dari pemerhatian saya yang buta seni ini, architecture Angkor Thom nampak sama saja dengan Angkor Wat iaitu setiap temple dalam Angkor Thom ini juga dikelilingi oleh sungai buatan (cuma sekarang sungai tu dah kering) dan sistem perparitan yang baik. Yang nampak amat berbeza ialah Bayon.

Masuk je dalam kawasan Angkor Thom, terus sampai ke Bayon. Bayon berbeza sebab semua menara di sini berbentuk muka tuhan2 mereka di setiap sisi menara tu.

Bayon dari pandangan hadapan

Muka-muka batu di Bayon dari pandangan lebih dekat

Selepas melihat kehebatan teknologi pembinaan bangsa Khmer zaman silam ini, Ibrahim bawa kami ke Elephant Terrance.Ia adalah tembok kepada Phimeanakas, satu lagi bangunan kuil yang perlu kita tengok. Binaan yang cantik.

Inilah tembok panjang yang dihiasi dengan ukiran dan patung gajah


 Jangan lupa masuk dalam lorong ni, yang terdapat di Elephant Terrace. Lorong dalam tu amat panjang. Kitorang rasa macam masuk dalam Maze Runner.. memang panjang dan berbelit-belit! Suspen pon ada. Takut tak jumpa jalan keluar!!

Banyak bahan-bahan artifak dari runtuhan bangunan di kawasan Phimeanakas ini di longgokan di sana-sini. Ia adalah pemandangan biasa di sekitar Angkor Complex ini. Proses pemuliharaan temple berjalan setiap hari di sini.

Di hadapan Elephant Terrace kami tertarik dengan 12 buah menara kecil yang di susun lurus . Menara-menara tu dikenali dengan Prasat Suor Prat. Drebar Tuk-Tuk kami, si Ibrahim kata menara tu dibina oleh raja setiap kali dia dilahirkan seorang puteri. So, bila ada 12 orang anak gadis, ada 12 lah menaranya. Kitorang memang percayakan dia bulat2. Balik Malaysia sayapon buka buku yang dibeli kat Angkor Wat sebab saya memang curious. Rupa-rupanya Prasat Suor Prat bermaksud 'Towers of Dancing Ropes'. Kononnya dulu dorang ikat tali kat menara2 tu untuk pertunjukan tarian diraja. Langsung takde kaitan dengan mana-mana puteri raja. Hahaha...

Sebahagian menara '12 puteri raja' Prasat Suor Prat. Bayangkan cemana dorang ikat tali dan bergantungan sambil menari di atara menara2 tu...

Sehabis bergambar di kawasan Elephant Terrace, kitorang terus ke Ta Phrom. Ta Phrom adalah tempat wajib lawat ye tuan-puan. Kat sinilah Anjelina Jolie berlakon untuk citer Tomb Raider, tapi jangan terpedaya dengan citer tu sangat. Sebab setakat saya di sana, saya tak nampak plak jalan untuk ke bawah tanah di mana sebahagian daripada segitiga yang dicari oleh Illuminati berada. Hm.. kalu tak paham apa yang saya bebelkan, kena tengok Lara Croft - Tomb Raider semula ye.

Citer Transformer yang kuar tahun ni pon dilakonkan di sini. Magatron punya robot2 jahat berlakon kat Ta Phrom ni. Senang citer, akar-aka pokok kat Ta Phrom ni memang femes mengalahkan artis!

Inilah pokok yang glamer tu.. tengok akarnya yang besar melingkar di atas bumbung bangunan kuil Ta Phrom

Menurut kajian archeologists, burung-burung yang bertanggungjawab menabur benih pokok di atas bumbung kuil. Pokok itu tidak bersalah. Dia hanya meneruskan kehidupannya selagi terdaya. Ia menjadi sokongan kepada binaan kuil Ta Phrom ini. Tapi lama-kelamaan, pokok ni leh jadi pemusnah bangunan historical ini sebab dia leh jadi terlalu berat atau rebah menimpa bangunan.

Lagi gambar akar pokok..

Sebenarnya kebanyakan binaan di sini sudah runtuh, tapi mereka sedaya-upaya memulihara untuk tatapan kita. Tengoklah gambar sebelum & selepas ni..


Satu lagi pokok yang cantik.

Kelihatan 3orang kanak-kanak mengutip kulat di runtuhan bangunan kuil Ta Phrom.

Selesai meronda dalam Ta Phrom, kitorang terus keluar melalui laluan belakang. Selepas Ta Phrom, Ibrahim bawa ke satu lagi kuil iaitu Banteay Kdei. Ambil gambar ala kadar, kamipon keluar semula. Sebab sama je lebih kurang dengan kuil2 yang lain. Depan Banteay Kdei tu ada satu tasik yang cantik, mungkin kebetulan sebab masa tu dah senja.

Romantik je suasananya... huhu...

Tamatlah penjelajahan kami sepanjang hari di Angkor Temple Complex. Dari kul 10am kat sini sampailah kul 5 lebih petang barulah habis penjelajahan. Sakit kaki den berjalan. En. Suami kata kitorang dah berjalan lebih dari 10,000 langkah (mengikut pengiraan apps di henfonnya). Terubat hati dengar banyak bakar kalori walaupun badan penat. Malam ni atau esok wajib pekena massage orang Kemboja!

Untuk hari ketiga, kitorang ke Khmer Rouge Killing Field monument dan Tasik Tonle Sap. Saya akan stori di entry seterusnya ye. BACA DI SINI.






Saturday 22 November 2014

SIEM REAP PART 1 - MERANCANG PERCUTIAN DI SIEM REAP, CAMBODIA

Bulan lepas Malaysia Airlines ada buat promosi tiket murah ke beberapa destinasi terpilih. Saya yang dah kemaruk nak terbang selepas berbulan-bulan tak bercuti ni apa lagi, terus ambil peluang. En. Suami ajak pergi Phuket semula sebab terkenang-kenang pengalaman menonton FantaSea pada 2007 yang lalu, tapi saya berjaya meyakinkan dia untuk pergi tempat yang kita lom pergi. Nak wat ape ulang-ulang pergi tempat sama.. kan? Dan alhamdulillah dia setuju. Kami memilih Siem Reap, Kemboja sebab harga tiket promosi yang murah.

Apa yang menarik di Siem Reap?

Siem Reap amat sinonim dengan Angkor Wat sehingga bendera negara Cambodia pon dihiasi dengan gambar Angkor Wat. Tapi saya lebih mengenali Siem Reap sebagai lokasi penggambaran citer Tomb Raider yang dilakonkan oleh Angelina Jolie sebagai Lara Croft. So, first thing saya terfikir nak pergi ialah kat pokok kayu yang akarnya melingkar di atas salah satu runtuhan bangunan temple di sana. 

Akar pokok ini manjadi glamer seiring dengan ke-glamouran Lara Croft!

So, dari Malaysia lagi saya dah google pasal tempat ni. Akhirnya saya pon dapat tahu nama temple ni ialah Ta Phrom, salah sebuah temple besar di Angkor Complex. Hm, apa pula Angkor Complex? Saya google lagi... dan akhirnya bertemu dengan jawapan. Korang boleh google, tapi untuk memudahkan pemahaman, meh saya tolong explain. Angkor Complex ialah satu kawasan yang besar di Siem Reap yang menempatkan berpuluh-puluh buah temple tinggalan raja-raja Khmer. Yang paling popular di Angkor Complex ini ialah Angkor Wat, Angkor Thom (termasuk Bayon dan Terrace of Elephant di dalam Angkor Thom itu) dan Ta Phrom.

Bayon adalah menara batu bermuka-muka yang popular di Siem Reap


MERANCANG PERCUTIAN


En. Suami menetapkan bajet percutian kami kali ini ialah RM3k sahaja untuk 4hari 3malam.

1. Kapal terbang
Harga ticket pergi balik = RM944.00 untuk 2 orang. Insurance RM92 untuk 2 orang. So total RM1,036.00. Bukan senang nak dapat tiket MAS semurah itu. Untuk tarikh yang sama, saya dapati Airasia menawarkan harga tiket yang hampir sama, tapi tanpa check-in luggage, meals dan insurance.



2. Hotel
Selepas beli tiket, saya hanya ada 2 minggu untuk mencari hotel. Saya mulakan research di websites yang saya ada kepentingan seperti Rocketmiles (sebab leh dapat banyak Enrich Miles), IHG (sebab sekarang ada promo Into The Night yang membolehkan dapat bilik percuma) dan Hilton (sebab saya sekarang dah diupgrade sebagai Gold Member dengan hanya memiliki kad kredit Visa Infinite). Tapi malangnya kat Rocketmiles semua mahal2 belaka dan rangkaian Hilton & IHG hotels takde kat Siem Reap.

So, last choice, saya gi Agoda.com untuk meneruskan research. Saya tengok harga dan reviews di Agoda, dan bandingkan reviews di Tripadvisor.com. Saya pon berkenan dengan Royal Angkor Resort & Spa yang menepati bajet dan citarasa kami. Harga untuk 4hari 3malam di Agoda ialah RM1,443.00. Saya boleh ubah atau kensel room reservation ni 3 hari sebelum check-in date. Saya confirmed booking immediately. Masa tu saya ada seminggu lagi sebelum berlepas.

Tapi kemudiannya, saya terfikir untuk tengok sendiri harga yang ditawarkan di website hotel itu sendiri. Saya terkejut! Rupa-rupanya saya boleh mendapatkan bilik yang sama dan beberapa 'freebies' lain tetapi RM300 lebih murah daripada yang saya bayar di Agoda. Pakej book direct di website hotel membolehkan kitorang dapat:
- free return airport transfer dengan Mercedes van
- free 1 hour massage untuk 2 orang
- free 1 time lunch untuk 2 orang
- free 1 time dinner untuk 2 orang
Terbaek, kan?!!

Saya kensel booking di Agoda dan terpaksa membayar penalti USD15 (lebih kurang RM51). Saya book direct kat hotel pada harga RM1042. Tapi masih berbaloi-baloi.  


3. Tukar duit
Last step sebelum bertolak ialah tukar RM kepada matawang yang boleh diniagakan di sana. Dari pelbagai blog dan info yang saya dapat di internet, kita hanya perlu bawa USD sebab orang sana berurusniaga dengan orang luar dalam USD sahaja. So, dalam RM1,000 ditukarkan kepada RM.. dapatlah USD300 lebih.

Bila tiket kapal terbang, hotel dan duit dah ada, barulah hati senang nak pergi bercuti.

Angkor Wat

Pre-Departure

Flight kami kul 10pagi, jadi kami bertolak dari Melaka sebaik selepas Subuh. Kami park kereta di TBS (sebab parking murah RM3/day) dan ambil ERL Transit ke KLIA. Setibanya di KLIA terus check-in di Kiosk MAS (sekarang dah takleh check-in di kaunter untuk penumbang Ekonomi), dan kemudiannya drop luggage di kaunter baggage drop in. Tak bawa banyak beg, tapi malas nak heret ke sana-sini, so check-in ajelah.

Selepas selesai check-in, kitorang yang kelaparan sebab tak sarapan lagi terus mencari Plaza Premium Lounge. Naik ekonomi takleh masuk MAS Golden Lounge, so kitorang pon gunakan kelebihan yang diberikan oleh kad kredit Maybank Visa Infinite untuk masuk Plaza Premium Lounge di mana-mana airport di Malaysia secara PERCUMA. Kat KLIA ada di terminal perlepasan antarabangsa sahaja, so kitorang kena naik Aerotrain untuk ke sana. Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut pasal unlimited access to airport lounge bolehlah baca post saya bertajuk CARA-CARA NAK MASUK AIRPORT LOUNGE SECARA PERCUMA. Alhamdulillah, sebagai pemegang kad supplementary pon saya boleh masuk lounge ni. Dorang hanya minta kad kredit sebagai bukti dan boarding pass. Tak kena caj... FREE, kan..! Huhu..

Plaza Premium Lounge ni tidak sehebat MAS Golden Lounge, tapi pada hemat saya ianya amat selesa. Interior designnya moden, dilengkapi kemudahan-kemudahan asas untuk travellers dan yang penting ada makanan yang sodap yang PERCUMA. Ye, yang percuma tu yang paling best sebenarnya. 

Interior Plaza Premium Lounge KLIA

Free all day buffet di Plaza Premium KLIA

Ketibaan di Siem Reap / Day 1

Penerbangan dari KLIA ke Siem Reap mengambil masa 2jam sahaja. Untuk pengetahuan, masa di Siem Reap lewat sejam dari di Malaysia. Sebagai contoh, kalau di Malaysia pukul 12tengahari, kat Siem Reap baru pukul 11pagi. Setibanya di Siem Reap Airport, kitorang gi beli Sim Card dulu. Ada banyak jual dalam airport tu. Sebaik sahaja melepasi kastam dan imigresen, terdapat deretan penjual sim card ni di sebelah kiri. Kitorang pilih dari syarikat 'Smart' yang menawarkan USD5 untuk penggunaan sebulan. Dapat 2jam panggilan antarabangsa dan 1.5GB data. Terlajak cukup untuk kitorang yang akan berada di sini selama 4hari 3malam sahaja. Sangat2 mencukupi untuk call anak-anak di Malaysia setiap hari.

Beli..beli...murah..murah....

Ketibaan kitorang di airport disambut oleh pihak hotel sebab airport transfer dah termasuk dalam pakej penginapan. Dorang display nama bapa saya (last name, kan... huhu..). Transfer naik van Mercedes (cost about USD20/way). Tapi kalau korang takde airport transfer, leh amik tuk-tuk yang banyak kat airport tu. Kos dalam USD2-3/way dengan tuk-tuk.

Selepas check-in bilik hotel, kitorang solat jamak zuhor/asar dulu sebelum ke bandar. Waktu solat di Siem Reap lebih cepat dari di Malaysia.. Subuh kul 4 lebih, zuhur kul 11 lebih, asar kul 3 lebih, manghrib kul 5 lebih dan magrib kul 7 lebih. Hotel ada menyediakan free shuttle ke bandar setiap 2jam bermula pukul 8.00am sehingga 8.00pm, so kitorang naik free shuttle ni je. Shuttle tu drop kitorang di Old Siem Reap area, yang juga tak jauh dari Night Market Area. Kitorang pergi dengan shuttle kul 4pm, so masa tu dah petang sangat. Perut dah lapar sebab belum lunch (tadi dalam flight MAS kasi sandwich je.. huhu).

Saya dah google siap-siap nama tempat makan muslim di Siem Reap so kitorang nak berjalan je ke sana. Tapi, driver shuttle sangat baik, dia tolong carikan dan hantarkan ke Muslim Family Restaurant yang tidak jauh dari drop-off point tadi. Kitorang tip dia USD1 sebagai tanda terima kasih. So tengahari tu kitorang lunch ikan sweet sour, beef sour curry dan sayur campur bersama nasi putih dan air buah. Kos makan berdua lebih kurang USD16. Huhu.. murah ke mahal tu sedara-sedari?

 Bismillah... makan dulu ye...

Sebaik habis makan, masuk waktu maghrib. So kitorang join jemaah kawasan tu solat Maghrib di Masjid An Naek Mah yang berada 10 langkah dari restoran tadi. Di sini memang kejiranan muslim. Ramai juga yang datang berjemaah. Kedai makanan halal juga ada banyak di kawasan ini. Masa kitorang solat, bebudak kampung tu main kasut kitorang wat baling-baling. Hahaha... stress je En. Suami gi mencari kasut selepas solat tu.

 Masjid yang kelihatan dari pintu masuk Muslim Family Restaurant

Suasana dalam masjid yang tenang

Sehabis solat, haripun gelap. Kitorang menapak ke Night Market dari masjid. Dekat je.. dalam 10min je ikut jalan short cut yang ditunjukkan oleh pekerja restoran tadi. Jalan tu macam lorong tikus jer.. tapi selamat. Bebudak 3-4 tahun pon ada berkeliaran malam-malam buta tu kat lorong tu. Menurut kata pekerja restoran tu tadi, Siem Reap ni bandar yang selamat. Saya rasa dia tak menipu.. Saya memang rasa selamat di Siem Reap selama 4 hari di sana.

Inilah kawasan kejiranan di mana Muslim Family Restaurant berada. Pemandangan begini dan lebih 'mundur' daripada ini adalah pemandangan biasa di Siem Reap.

Night Market ni memang happening. Kalau nak beli souvenir bolehlah beli di sini. Kalau nak manja-manjakan badan pon boleh urut kat sini. Murah-murah, beb! USD1 dah dapat 10min massage. Makanan halal pon ada.. nama restoran tu 'Ababa', ownernya boleh cakap Melayu. Mungkin orang Malaysia.. tapi saya tak tanya. Saya singgah untuk minum air dan makan roti canai je, kos berdua USD9. Hmm.. memang hebatlah orang Siem Reap berniaga. Memang USD belaka!

 Beginilah suasana Night Market di Siem Reap. Nampak tak papan iklan 1$ yang kat sebelah kanan tu? Haa... itulah papan tanda untuk tempat massage.

Beli souvenir untuk anak-anak..


Memandangkan entri ni agak menjela-jela, saya pecahkan entri ini kepada beberapa posts. Jom baca seterusnya di sini:

SIEM REAP PART 2 :  ANGKOR WAT DI ANGKOR TEMPLE COMPLEX
SIEM REAP PART 3 :  ANTARA TASIK TONLE SAP, KHMER KILLING FIELD DAN LEPAK

See ya!

Tuesday 11 November 2014

TIKET KAPAL TERBANG PERCUMA AIRASIA (PROMOSI TAMAT 16 NOV 2014)

Bagi yang dah lama teringin nak bercuti terbang-terbang, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket RM0 daripada Airasia. RM0 bukan bermaksud takyah bayar langsung yer. Perlu saya bagitahu bahawa kita still kena bayar sket cukai dan sebagainya. Tiket je Airasia leh bagi free. Tapi cukai oleh kerajaan tak dapek free.


 Promosi bermula 10 Nov 2014 sehingga 16 Nov 2014.

Kalu berminat, cepat-cepat wat booking. Sebab besenya memang cepat sold-out, terutamanya lokasi-lokasi feveret macam Bandong, Ho Chi Minh atau Bali. Semasa saya menulis ni, dah banyak dah sold-out pon.. padahal arini baru hari kedua promosi. Kalu nak tengok seat availability, KLIK di sini.


Selamat bercuti!